Saturday, 15 July 2017

PEMASARAN
Kira-kira 70 peratus lada keluaran Sarawak dieksport dalam bentuk lada hitam dan selebihnya adalah sebagai lada putih, jeruk lada, lada nilai tambah dan produk hasil lada yang lain. Di kawasan pedalaman, pekebun menjual hasil lada mereka kepada peniaga di kampung yang kemudiannya menjual kepada peniaga di bandar. Di kawasan yang berhampiran bandar, pekebun akan menjual terus kepada peniaga di bandar atau pengeksport. Lembaga Pemasaran Lada Hitam, sebuah Agensi Persekutuan yang ditubuhkan pada tahun 1972, bertanggungjawab terhadap maklumat pemasaran, promosi dan pengembangan, penambahbaikan kualiti, perdagangan, peraturan pemasaran melalui pelesenan peniaga dan pengeksport lada serta pembangunan produk lada.
MASALAH DAN KEKANGAN
Masalah utama dan kekangan yang dihadapi oleh pekebun lada adalah :-
  • Peningkatan kos pengurusan serangga perosak dan penyakit
  • Harga baja dan kos tenaga kerja bertambah
  • Harga pasaran eksport yang turun naik
Berikut adalah beberapa program penyelidikan untuk menyokong perkara di atas :-
  • Germplasma lada – koleksi dan penilaian peringkat ladang
  • Pembiakbaikan dan pemilihan genotip yang sesuai dengan ciri yang diingini
  • Keperluan baja mengikut jenis tanah, genotip dan tanaman penutup bumi
  • Amalan penanaman untuk sistem pengeluaran lada berkos-rendah
  • Pembangunan kaedah pengutipan hasil menggunakan tenaga buruh yang kurang
  • Kajian lanjutan ke atas kawalan penyakit reput akar Phytophthora.
  • Amalan penanaman dan kawalan kimia terhadap penyakit utama lada yang lain.
  • Kawalan bersepadu terhadap kumbang belalai dan serangga perosak semasa penyimpanan.
  • Pemantauan kandungan sisa baki racun perosak dalam lada yang diproses
  • Rawatan melalui akar ('root feeding') sebagai kaedah alternatif penggunaan racun perosak.
  • Pembangunan lada transgenik dengan ciri kemasakan buah yang terkawal untuk mengurangkan jumlah pusingan mengutip hasil.
  • Analisis sisa baki racun perosak bagi lada yang diproses
  • Mengguna kaedah bioteknologi untuk pembiakbakaan, penandaan DNA dan diagnostik penyakit lada
  • Menambahbaik teknik pemprosesan untuk menghasil lada yang lebih berkualiti dan mempunyai nilai tambah

No comments:

Post a Comment