PENGALAMAN MENGUSAHAKAN TANAMAN LADA BERSAMA AYAH TERCINTA
Kekangan kehidupan dan perbelanjaan seharian mendorong saya dan bapa untuk mengusahakan tanaman lada secara kecil-kecilan.Bermula dengan 200 pokok pada permulaan penanaman lada dengan keluasan tanah 1 hektar.Kini,telah mencecah 600 pokok.Pada permulaan penanaman lada kami menghadapi kesukaran untuk mendapatkan anak pokok lada,baja,racun dan penjagaan yang sesuai.Namun demi untuk menambah pendapatan sampingan di smping pekerjaan tetap,kami gagahkan juga kudrat untuk berusaha mencari jalan penyelesaian untuk mendapatkan tanaman lada yang lebih baik.
Setakat hari ini kami belum menerima bantuan atau skim lada dari kerajaan untuk membantu dalam penanaman lada kami dan kami sangat memerlukan.Seperti yang diketahui umum,harga baja,racun dan alat pertanian sudah semakin meningkat. Disebabkan itu,banyak pokok lada kami yang kekurangan baja,di jangkiti kulat dan mati akar dan menyebabkan pokok lada semakin layu.
Sebahagian pokok lada yang dah nakmati
No comments:
Post a Comment